Teo Seng Capital lantik Nam Ya Jun sebagai Pengarah Urusan baharu

LocalBusiness & Finance
3 Jul 2026 • 9:42 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Teo Seng Capital lantik Nam Ya Jun sebagai Pengarah Urusan baharu Image from: Teo Seng Capital lantik Nam Ya Jun sebagai Pengarah Urusan baharu johardy03/07/2026 - 09:42 Oleh Mohamad Iman editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 3 Julai - Teo Seng Capital Bhd melantik Nam Ya Jun sebagai Pengarah Urusan baharu, menggantikan Nam Hiok Joo yang meletakkan jawatan selepas berkhidmat dalam jawatan itu selama kira-kira lapan tahun.

 

Kumpulan itu turut melantik Na Yi Chan sebagai pengarah eksekutif, menggantikan Loh Wee Ching yang bersara daripada lembaga pengarah. Semua pelantikan tersebut berkuat kuasa pada 2 Julai.

 

Hiok Joo, 59, yang mempunyai lebih 30 tahun pengalaman dalam industri ternakan ayam, menyertai Teo Seng Feedmill Sdn Bhd sebagai pengurus besar pada 2001 sebelum dilantik sebagai pengurus besar kumpulan pada 2010.

 

Beliau kemudian berkhidmat sebagai Pengarah Urusan Teo Seng Capital sejak Jun 2018 sebelum berundur daripada jawatan itu.

 

Bagaimanapun, kumpulan itu tidak mendedahkan alasan peletakan jawatan Hiok Joo.


 

Teo Seng

 


Ya Jun, 44, yang menyertai kumpulan itu pada 2005, merupakan anak saudara kepada Hiok Joo dan juga sepupu kepada Yi Chan. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved