Tepati cita rasa rakyat! FAMA himpun lebih 300 usahawan terbaik seluruh negara, meriahkan MAHA 2026

LocalFood
27 Jul 2026 • 9:17 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan membawakan seramai 343 usahawan terbaik dari seluruh negara bagi memeriahkan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 yang berlangsung di MAEPS, Serdang dari 28 Ogos hingga 6 September ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) FAMA, Shahrizan Sudiman berkata, pemilihan usahawan itu dibuat menerusi pertandingan di peringkat negeri bagi memastikan setiap produk yang diketengahkan berkualiti tinggi serta memenuhi standard ditetapkan.

“Contohnya kalau di Johor, kita ada kacang pool, di Pahang kita ada ikan patin tempoyak. Kita akan bawakan semua produk ini ke MAHA 2026 nanti dan saya rasa produk yang dipilih memang menepati cita rasa rakyat Malaysia pada kali ini.
“Pilihan kita bukan sekadar memilih, tetapi kita mencari yang terbaik untuk memastikan semua pengunjung yang hadir ke MAHA 2026, mendapat manfaat yang terbaik dan seterusnya menyokong industri pengeluaran makanan dalam negara kita,” katanya.

Image from: Tepati cita rasa rakyat! FAMA himpun lebih 300 usahawan terbaik seluruh negara, meriahkan MAHA 2026

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Program Jualan Agro MADANI (JAM) Edisi FAMA@MAHA2026 di pekarangan Ibu Pejabat FAMA, Bandar Baru Selayang, hari ini.

Shahrizan berkata, kesemua 343 usahawan dan pempamer yang dipilih FAMA akan menyertai empat segmen utama iaitu Food Empire, Food Truck Fiesta, Agribusiness dan Kingdom of Agrofood (KOA), daripada keseluruhan 2,000 pempamer yang mengambil bahagian pada MAHA 2026.

“Menerusi segmen Agribusiness sahaja, kita melibatkan kira-kira 141 usahawan dari seluruh negara dan menariknya, hampir 20 peratus daripada mereka telah pun berjaya memasarkan produk ke luar negara,” katanya.

Image from: Tepati cita rasa rakyat! FAMA himpun lebih 300 usahawan terbaik seluruh negara, meriahkan MAHA 2026

Image from: Tepati cita rasa rakyat! FAMA himpun lebih 300 usahawan terbaik seluruh negara, meriahkan MAHA 2026

Beliau berkata, segmen Food Empire pula akan menghimpunkan 74 peserta yang menawarkan pelbagai produk istimewa dari setiap negeri, selain penyertaan usahawan antarabangsa dari rantau Timur Tengah.

“Bagi segmen Food Truck Fiesta pula, ia akan menghimpunkan kira-kira 34 usahawan tempatan yang menawarkan pelbagai sajian makanan viral yang dipilih dari seluruh negara.
“Segmen Kingdom of Agrofood (KOA) bakal menampilkan hasil pertanian tempatan merangkumi sektor ternakan dan perikanan, selain mengangkat buah melon dari pelbagai negeri sebagai Fruit of the Event,”ujar beliau.

Image from: Tepati cita rasa rakyat! FAMA himpun lebih 300 usahawan terbaik seluruh negara, meriahkan MAHA 2026

Image from: Tepati cita rasa rakyat! FAMA himpun lebih 300 usahawan terbaik seluruh negara, meriahkan MAHA 2026

Mengulas mengenai Program JAM yang berlangsung hari ini, Shahrizan berkata, seramai 33 usahawan menerusi 44 lot jualan menyertai program berkenaan sebagai platform promosi awal bagi memperkenalkan tarikan utama FAMA menjelang penganjuran MAHA 2026.

“Sepanjang program ini, pengunjung boleh menikmati pelbagai tawaran istimewa termasuk Kombo MADANI pada harga serendah RM10, Happy Hour RM5, ayam segar RM10 seekor, daging segar RM25 sekilogram, selain promosi buah-buahan bermusim, produk Agromas, Kopiesatu dan edaran sayur-sayuran percuma.
“Inisiatif ini membolehkan orang ramai menikmati penjimatan antara 10 hingga 30 peratus berbanding harga pasaran, selaras dengan usaha kerajaan membantu meringankan kos sara hidup rakyat,” katanya.

Image from: Tepati cita rasa rakyat! FAMA himpun lebih 300 usahawan terbaik seluruh negara, meriahkan MAHA 2026

Program JAM yang diperkenalkan sejak 2023 diteruskan menerusi edisi FAMA@MAHA2026 sebagai bukti komitmen FAMA dalam memperkasakan usahawan agromakanan, menjamin keterjaminan makanan negara serta memberikan pengalaman terbaik kepada pengunjung menjelang MAHA 2026.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved