Ter dilantik sebagai Pengerusi HRD Corp baharu

LocalBusiness & Finance
29 Nov 2023 • 9:34 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Pengerusi Eksekutif Sunsuria Berhad, Tan Sri Ter Leong Yap dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) atau lebih dikenali sebagai HRD Corp.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar dalam satu kenyataan hari ini.

“Menteri Sumber Manusia turut mengalu-alukan Ter sebagai Pengerusi lembaga pengarah HRD Corp dan pelantikan ini juga semestinya akan memberi nilai tambah kepada HRD Corp dan membawa organisasi ini ke tahap yang lebih tinggi dalam menerajui agenda pembangunan modal insan negara,” menurut kenyataan itu.

Ter yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Malaya dan merupakan usahawan serta ahli perniagaan yang disegani dalam kalangan penggiat industri dengan pengalaman lebih 30 tahun dalam pelbagai industri.

Selain aktif dalam bidang perniagaan, beliau juga lantang memperjuangkan isu perpaduan nasional dan kebajikan sosial masyarakat dan atas sumbangannya itu, beliau telah dinobatkan sebagai Duta Perpaduan Nasional oleh Jabatan Perpaduan Nasional dan Integriti (JPNIN) bagi 2016.

Di bawah kepimpinan beliau, Sunsuria Berhad telah berkembang daripada sebuah syarikat kecil kepada syarikat besar dalam industri pembangunan hartanah, kesihatan, pendidikan, pembinaan dan banyak lagi serta berjaya membantu menyenaraikan Sunsuria di pasaran saham Bursa Malaysia. - 29 November, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved