Terapi Kuda Main ‘Keyboard’ Bantu Sedarkan Pesakit Yang Dibius

Entertainment
26 Jul 2025 • 11:09 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tahukah anda terdapat satu terapi untuk membantu pesakit yang lepas dibius dengan menggunakan kuda kecil di luar negara?

Baru-baru ini, tular di media sosial seekor kuda kecil telah bermain alat muzik keyboard di sebuah hospital untuk membantu mengejutkan pesakit remaja selepas dibius.

Video tersebut telah dikongsikan menerusi Instagram Mini Therapy Horses.

Dalam video tersebut, dapat dilihat seekor kuda kecil sedang memainkan alat muzik keyboard dengan menggunakan wajahnya di sisi seorang pesakit remaja.

Difahamkan, terapi kuda itu merupakan sebuah program yang membantu menenangkan kanak-kanak selepas pesakit menjalani sesebuah prosedur perubatan.

Meninjau ke akaun Instagram terapi tersebut, dapat dilihat telah ramai pesakit muda yang dibantu dengan menggunakan terapi kuda mini itu.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.