“Terasa auranya” – [VIDEO] Terharu Lihat Cara Pelajar Beri ‘Penghormatan Terakhir’ Kepada Mendiang Guru

Entertainment
29 Sep 2022 • 2:48 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang guru memainkan impak yang besar dalam kehidupan seseorang individu, walaupun tugas guru hanyalah mendidik dari segi akademik tetapi secara tidak langsung guru-guru ini menyiapkan pelajar untuk dunia yang sebenar.

Korang mesti ada guru yang korang ingat sampai hari ini kan?

Guru itu mengajar dari hati bukan dari buku, itulah perumpamaan yang sesuai bagi situiasi yang ingin diceritakan ini.

Baru-baru ini sebuah video telah tular di TikTok apabila seorang guru telah pergi buat selamanya tetapi diberikan penghormatan yang begitu menyentuh hati.

Video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @fiza_luv itu memaparkan ‘keberangkatan’ seorang guru yang dikenali sebagai Cikgu Liew, diberikan tabik hormat sepanjang jalan oleh anak-anak muridnya serta rakan sekerja.

“Mendiang diserang tekanan darah tinggi semasa perjalanan balik dari sekolah, terdapat pendarahan pada otak, memang mengejut pemergiannya.” tulisnya di ruangan komen.

“Terasa auranya”

Dalam ruangan komen, penuh dengan kata-kata takziah buat keluarga mendiang malah ramai juga yang turut terasa hiba atas pemergian guru itu.

image is not available

Salam takziah buat keluarga mendiang.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.