“Terasa Sedih..” – Rating Rendah Jadi Bualan, Pihak Produksi & Ahli ‘Running Man’ Beri Respon Jujur

2 Feb 2024 • 2:20 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Zaman dah berubah, jadi semestinya cara dan proses sesuatu perkara itu akan menerima kesannya kan?

Dalam episod terbaru ‘GYM JONGKOOK’, Kim Jong-kook telah mengumpulkan pengarah utama dan pengarah utama program “Running Man” bagi berbincang lebih mengenai rancangan berkenaan termasuklah tentang topik ‘rating’.

Kim Jong-kook menyebut mengenai rekod yang dipegang selama 4 tahun oleh “Running Man” sebagai rancangan paling popular dalam ranking OTT (platform atas talian),

Sebenarnya OTT lebih berpengaruh berbanding TV kini tapi terlalu banyak yang menyebut mengenai rating kita. Awak ada berasa sedih tak bila ramai terlalu memberikan fokus kepada rating kita?

image is not available

Jawab Choi Hyung-in iaitu pengarah utama “Running Man”,

Saya sebenarnya berharap ramai yang lebih memberikan fokus kepada sisi baik namun ianya tak berlaku, jadi saya sedikit terasa.

Malah pengarah pembantu yang lain turut mengakui bahawa tahap ranking dan juga trending juga sepatutnya menjadi fokus penonton dan bukannya jumlah rating.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.