Terbaca Komen Wanita Suka Lelaki Kurus, Iqbal Zulkefli Mahu Buat Pembedahan Bariatrik

Entertainment
13 Dec 2023 • 3:17 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kalau korang selalu follow cerita-cerita viral, mesti korang kenal seorang usahawan yang pernah terpalit dengan beberapa kontroversi sebelum ini. Bermula isu dengan Dato Sri Vida sehinggalah Inspektor Sheila, nama Iqbal Zulkefli melonjak naik di platform media sosial.

Terkini, Iqbal Zulkefli ada memuat naik IG Story memaklumkan dirinya mahu mengubah penampilan diri agar kelihatan kurus dengan cara ‘potong perut’.

image is not available

Cari yang boleh ‘potong perut’ segera

Menerusi IG Story itu, Iqbal berkata niatnya mahu kurus dengan segera bertujuan untuk kesihatan yang lebih baik. Selain itu, dia pernah juga terbaca komen para wanita yang lebih gemar akan lelaki yang kurus.

Saya terbaca komen wanita di luar sana lebih suka lelaki kurus.

Bagi kelihatan kurus dengan segera, Iqbal meminta sesiapa sahaja yang boleh memotong perutnya atau membuat pembedahan Bariatrik dengan kadar segera. Dia juga tidak kisah jika pembedahan itu menelan kos yang amat banyak.

Seberapa banyak kos pun saya sanggup. Kebetulan saya ada masa terluang minggu hadapan. Secepat mungkin. Ini serius.

“Lihat semula.. jalan pun sudah seperti penguin”

Menurut mStar, Iqbal pernah ada mindset badan yang berisi itu nampak comel tetapi apabila dilihat semula nampak seperti penguin.

Dulu saya ingatkan gemuk ini comel tetapi sekarang saya lihat semula.. jalan pun sudah seperti penguin.

Sekadar info, pembedahan Bariatrik dibuat agar seseorang itu dapat menurunkan badan dengan cara mengecilkan perut ataupun memintas sebahagian daripada usus kecil.

Bagus Iqbal ada inisiatif sendiri nak kurus. Moga dipermudahkan!

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article