
Salah faham dan tidak tahu, itulah yang berlaku pada seorang individu apabila menerima layanan tidak menyenangkan dari sorang pihak polis ketika sedang mengerjakan solat.
Kejadian itu berlaku apabila lelaki berkenaan melakukan solat di luar stadium di kawasan awam. Perkara ini dipercayai berlaku di luar negara.
Lelaki berkenaan melakukan solat sebelum didatangi soerang angota polis.
Perbuatan itu dipercayai kurang disenangi anggota polis berkenaan yang cuba menghalau lelaki itu sebelum selesai solat.
Artikel berkaitan: “Kau pura-pura solat” – Lagi Teaser Podcast, Mondy Dedah Perangai Sebenar Pendakwah Terkenal?
Video berkenaan diambil seorang lelaki yang kebetulan berada dilokasi dan merakam kejadian itu.
Dalam video itu, anggota polis terbabit cuba menarik tangan lelaki itu namun ditepis.
Keadaan mula tegang, namun ‘cameraman’ yang merakam kejadian itu menegur polis dan memaklumkan lelaki itu sedang solat.
Dia meminta untuk memberikan lelaki itu satu minit untuk menghabiskan solat namun polis terbabit tidak memahami bahasa Inggeris.
Rata-rata warganet mengecam kejadian itu namun ada juga yang berpendapat polis berkenaan hanya melakukan tugasan.
Dipercayai tiada ruangan solat disediakan di stadium itu dan menyukarkan pengunjung beragama Islam untuk menunaikan solat.
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.



