“Terbaik dik..” – Budak Lelaki Susun Kasut Di Masjid, Netizen Kagum Hasil Didikan Ibu Bapa

Entertainment
3 Oct 2023 • 6:25 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Mungkin ramai yang tidak tahu konsep mengumpul pahala itu luas. Seperti amalan sedekah, ada segelintir orang menganggap mereka perlu ada duit yang banyak barulah boleh bersedekah.

Namun begitu, sekecil-kecil perkara baik juga akan dianggap pahala selagi ianya bermanfaat kepada orang lain.

Di saat kanak-kanak lain leka bermain game, seorang budak lelaki dirakam sibuk mengumpul pahala di hadapan masjid. Video berdurasi 2 minit 5 saat yang telah dimuat naik oleh @ee_ynwa di TikTok memaparkan seorang budak lelaki menyusun kasut para jemaah di masjid tersebut.

@ee_ynwa

budak zaman sekarang,kejadian berlaku di masjid jarang² sekali kita jumpa,pernah dgr ustaz² kata nak hilang kan sombong bangga diri cuci tandas masjid susun kasut masjid #masjid #fyp

♬ original sound – Pse smart – Pse smart

Pada awalnya, budak lelaki itu sedang duduk berseorangan di atas kerusi. Dia dilihat agak gelisah kerana menoleh kiri dan kanan seperti menunggu sesuatu.

Apabila sampai satu keluarga, dia memerhatikan mereka di tangga masjid. Tanpa menunggu lama, dia terus turun tangga lalu menyusun kasut-kasut para jemaah masjid tersebut.

Bukan itu sahaja walaupun kasut yang sedia ada telah pun disusun, budak lelaki itu setia membetulkan kedudukan dan merapatkan kasut-kasut tersebut agar dilihat lebih kemas dan teratur.

Setelah masuk waktu solat, dia juga ikut sama menunaikan solat bersama jemaah yang lain. Pemilik video ini ada bertanya kepada budak lelaki itu mengapa dia susun kasut jemaah?

Menurut kanak-kanak itu, dia mahu mendapat pahala. Dia juga selalu mendoakan ibu bapanya supaya dimurahkan rezeki selalu.

Rata-rata netizen di ruangan komen kagum dengan tindakan budak lelaki ini mencari pahala. Mereka berkata, di masjid itu ada lagi beberapa budak lain yang sama menyusun kasut-kasut para jemaah.

image is not available image is not available image is not available

Sumber: TikTok

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.