Terbaik La Pemandu Lori

Cars
19 Apr 2024 • 8:56 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Tangkap layar pemandu sebuah lori mengelak daripada terlanggar seorang penunggang motosikal yang muncul secara tiba-tiba. - gambar media sosial

Memandu terutama di kawasan sibuk sememangnya memerlukan tahap kepekaan yang tinggi kerana akan ada saja pengguna lain yang muncul secara tiba-tiba.

Itu yang berlaku kepada pemandu sebuah lori yang terpaksa mengelak daripada merempuh seorang penunggang motosikal yang secara tiba-tiba memasuki laluannya.

Biarpun lori berkenaan terbabas ke laluan di sebelah dalam, namun kecekapan pemandunya bukan saja dapat mengawal kenderaan berat itu, malah berjaya memastikan ia tidak berlanggar dengan kenderaan lain.

Penunggang motosikal itu pula, berlalu dengan bersahaja, mungkin tidak pun menyedari perbuatannya hampir menyebabkan kehilangan nyawa. – Getaran, 19 April 2024

@getaranmy Fuh, nasib baik pemandu lori ni sempat mengelak dan tak berdentum dengan kenderaan lain. Harapnya owner dashcam ni bagilah nasihat yang keras sikit kepada adik tu. #getaranmy #dashcam ♬ Jaded Decryption - DJ BAI