“Sedih tengok pakcik tu jatuh” – Pemandu Kejar Lori Bergerak Sendiri Sebab Terlupa Tarik ‘Handbrake’

Entertainment
19 Apr 2024 • 11:24 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tular sebuah video di media sosial memaparkan seorang pemandu menghadapi detik cemas apabila lori miliknya tiba-tiba bergerak sendiri di sebuah lebuh raya.

Menerusi video yang berdurasi 23 saat itu, dapat dilihat rakaman dari pemandu kereta yang melihat situasi terbabit menunjukkan lori berkenaan bergerak perlahan ke arah penghadang jalan.

Lori terbabit menghimpit ke arah penghadang jalan lalu membelok ke kiri. Ketika itu, kelihatan seorang lelaki yang dipercayai pemandu lori tersebut cuba mengejar kenderaan terbabit sehingga jatuh tersungkur.

Bagaimanapun, pemandu itu bangkit semula dan kembali mengejar lori terbabit untuk menghentikan kenderaan berkenaan.

“Sedih tengok pakcik jatuh”

Rata-rata netizen yang melihat perkongsian video terbabit meluahkan rasa kasihan kepada pemandu itu yang sedapa upaya mengejar lorinya untuk mengelakkan kejadian lebih buruk berlaku.

Mujur keadaan jalan raya ketika itu tidak banyak kenderaan yang lalu dan tiada kemalangan jiwa yang berlaku.

image is not available image is not available

Difahamkan kejadian itu berlaku di Exit Gerbang Tol Kalikangkung, Semarang, Indonesia pada Rabu lalu.

Memetik sumber Detik News, pemandu yang dikenali sebagai Sonny memaklumkan kejadian berlaku ketika dia berhenti di bahu jalan. Namun ketika dia turun dari lori, dia terlupa untuk menarik brek tangan yang menyebabkan kenderaan itu bergerak sendiri.

Sumber: X, Detik News

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.