Mesti ramai yang kan tengah layan drama “Good Boy” sekarang?
Diterajui Park Bo-gum dan Kim So-hyun, “Good Boy” mengisahkan tentang sekumpulan bekas atlet Olimpik, termasuk Yoon Dong-ju, yang menyertai pasukan polis khas selepas bersara awal dari sukan. Mereka menggunakan kemahiran sukan untuk membanteras jenayah berat, sambil menghadapi cabaran peribadi dan profesion baru sebagai anggota polis.
Khususnya, episod ke-7 drama itu telah menarik perhatian ramai terutamanya ketika adegan dua watak utama tersebut berciuman.
They shared a passionate kiss omg!!! Volume up for ASMR at the end #GoodBoy #KimSoHyun #ParkBoGum pic.twitter.com/FiAqaqDjer
— (@mjfopink) June 21, 2025
Dengan klip di laman X yang telah mencecah ratusan ribu tontonan, netizen rata-rata memuji gandingan mantap antara Park Bo-gum dan Kim So-hyun. Komen penonton,
- Saya suka chemistry mereka.
- Antara babak ciuman terbaik dalam K-Drama.
- Bila lampu kat belakang tu ditutup, babak itu jadi lebih cantik.
- Dua-dua ni pelakon kegemaran saya.
Sementara itu, “Good Boy” juga berjaya mencatat rating tertingggi setakat ini, mencecah 6.4% di seluruh negara.
Korang layan tak drama ni?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post “Terbaik” – Rating Tertinggi, Babak Ciuman ‘Panas’ Park Bogum & Kim Sohyun Dalam ‘Good Boy’ Tular first appeared on KimchiDaily.my.
