Terbak*r Ketika Perlumbaan di Litar Sepang, Sebuah Kereta Mewah Musnah Dijilat Api

Entertainment
13 Jul 2025 • 10:23 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebuah kereta mewah jenis BMW dilaporkan telah musnah akibat dijilat api setelah terbakar di Litar Antarabangsa Sepang pada Sabtu semalam, lapor Buletin TV3.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku ketika kereta tersebut sedang menyertai perlumbaan di litar terbabit.

Perlumbaan kereta itu telah dianjurkan oleh sebuah syarikat alat ganti kenderaan yang berpengkalan di Singapura.

image is not available

Difahamkan, kereta tersebut tiba-tiba terbakar setelah melalui selekoh keempat ketika perlumbaan berlangsung.

Menurut pihak bomba dan penyelamat yang telah bergegas ke lokasi kejadian untuk memadamkan kebakaran kereta itu, kejadian berpunca daripada tangki kereta yang bocor.

Walau bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana insiden tersebut tidak melibatkan sebarang mangsa yang cedera.

image is not available

Sumber: Buletin TV3

Sumber:

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.