
Semalam kami melaporkan terdapat 3 gambar keadaan kanak-kanak autisme yang dibunuh kejam, Zayn Rayyan tersebar di media sosial dipercayai diperoleh daripada proses bedah siasat.
Gambar yang menunjukkan keadaan Zayn Rayyan itu mula disebarkan menerusi satu channel dalam aplikasi Telegram sejak malam semalam.
Terbaru! Channel di Telegram itu memuat naik lagi satu gambar terbaru didakwa adalah telingan milik Zayn Rayyan ketika ditemui dan mengalami kecederaan parah. Allah! Tak sanggup betul tengok..
Siang tadi pula kami melaporkan yang pihak polis kini sedang menjalankan siasatan terhadap penularan gambar kecederaan yang didakwa adalah Zayn Rayyan itu.
Siasatan itu mengikut Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat serta Seksyen 233 Akta Komunikasi, Multimedia 1998 serta Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972 dan perkara ini dikatakan sendiri Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
