Polis Siasat Penyebaran Gambar Papar Kecederaan Pada Mayat Didakwa Zayn Rayyan

1 Jul 2024 • 10:39 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak dari semalam lagi, hangat diperkatakan mengenai penyebaran gambar papar kecederaan pada mayat didakwa adik Zayn Rayyan Abdul Matiin yang berlegar di aplikasi Telegram.

Penyebaran gambar tersebut telah mendapat perhatian Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan yang berkata, siasatan kini sedang dijalankan mengikut Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972.

image is not available

Orang ramai diminta tidak berkongsi sebarang kandungan yang diklasifikasikan mengikut Akta Rahsia Rasmi.

Perbuatan seumpama ini bukan sahaja mengganggu siasatan tetapi juga proses pendakwaan di mahkamah. Tindakan undang-undang akan diambil ke atas mana-mana individu didapati berkongsi kandungan berkenaan,” katanya, semalam.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, laporan juga telah dibuat oleh pegawai kanan polis pada jam 12.15 tengah hari, Ahad.

Berdasarkan kenyataan yang tular, gambar tersebut dipercayai diambil ketika prosedur bedah siasat.

image is not available

Terdahulu, tular juga didakwa kertas siasatan pembunuhan kanak-kanak berkenaan di aplikasi yang sama.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada 14 Jun lalu juga telah bekerjasama dengan PDRM bagi menyiasat penyebaran kertas siasatan berkenaan yang tersebar di Telegram.

Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, pihak yang menyebarkan kertas siasatan itu boleh diambil tindakan kerana kes terbabit kini sudah di peringkat mahkamah.

Apa-apapun sebaiknya elakkanlah daripada sebarkan gambar-gambar tersebut di platform media sosial lain.

Sumber: Astro AWANI

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.