Terbesar Di Dunia: Geely Buka Pusat Ujian Keselamatan Terbesar Dunia Di China

WorldCars
15 Dec 2025 • 11:00 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Geely Auto Group telah membuka secara rasminya, Pusat Ujian Keselamatan terbesar di dunia di Hangzhou Bay, Zhejiang, China, baru-baru ini.

Fasiliti yang berkeluasan 45,000 meter persegi ini disokong oleh pelaburan melebihi USD290 juta (RM1.2 bilion) dan dibangunkan dengan kepakaran keselamatan daripada anak syarikat Geely, Volvo. 

Lebih menarik, pusat ujian ini tidak hanya menumpukan kepada aspek perlindungan pelanggaran, sebaliknya  memperluaskan ujian keselamatan kepada  keselamatan siber, privasi data, keselamatan bateri dan rangkaian kuasa tenaga baharu, serta perlindungan kesihatan manusia.

image is not available

Pusat ujian ini ditubuhkan untuk mengecapi matlamat sifar korban, sifar risiko kesihatan, sifar kerugian harta benda dan sifar kebocoran privasi.

Bagi mempamerkan keupayaannya, Geely telah mengadakan ujian pelanggaran dengan menggunakan dua kenderaan Lynk & Co 900 semasa majlis perasmian.

Pihak syarikat terbabit menegaskan keupayaan kemudahan ini dalam mengendalikan isu  keselamatan dunia yang sebenar.

Berdasarkan media tempatan China, fasiliti menempatkan pelbagai makmal khusus, bermula daripada simulasi pemanduan bantuan dan perlindungan pejalan kaki hinggalah kepada ujian rangkaian kenderaan dan keselamatan siber.

image is not available

Pusat Keselamatan Geely ini sebenarnya telah mencipta lima Rekod Dunia Guinness, termasuk makmal keselamatan automotif terbesar, trek ujian pelanggaran dalaman terpanjang, terowong angin boleh laras altitud dan iklim terbesar untuk ujian kenderaan, serta zon ujian pelanggaran sudut bebas terbesar.

Geely menyatakan bahawa pusat ini tidak terhad kepada jenama mereka sahaja.

Sebaliknya, ia akan dibuka kepada industri automotif secara keseluruhan, dengan tujuan meningkatkan standard keselamatan.