Terbuka Artik: Zii Jia tamat kemarau 17 bulan tanpa gelaran

15 Oct 2023 • 10:26 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia boleh tersenyum lebar apabila akhirnya berjaya menamatkan kemarau 17 bulan tanpa sebarang gelaran selepas muncul juara kejohanan badminton Terbuka Artik 2023 di Vantaa, Finland, hari ini.

Pada aksi final di Arena Vantaa Energia, pemain ranking ke-14 dunia itu kembali berada di landasan sebenar selepas mengenepikan cabaran rakan senegara, Ng Tze Yong, dalam pertarungan 40 minit.

Pemain kelahiran Kedah itu mempamer aksi memberangsangkan apabila menang set pertama dengan keputusan 21-14 sebelum meneruskan momentum tersebut di set kedua 21-15 ke atas lawannya yang menghuni ranking ke-19 dunia itu.

Kejayaan tersebut sekali gus menyaksikan Zii Jia melebarkan rekod kemenangannya kepada dua kali ke atas Tze Yong sepanjang dua pertemuan selepas Terbuka Australia, pada Ogos lepas.

Kali terakhir Zii Jia meraih gelaran juara adalah ketika mengungguli Terbuka Thailand pada Mei tahun lepas. - Bernama