Terbuka AS: Swiatek mara ke pusingan kedua

31 Aug 2022 • 9:35 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Swiatek

PEMAIN nombor satu dunia, Iga Swiatek memulakan kempen Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS) dengan langkah kanan apabila memperoleh kemenangan bergaya 6-3, 6-0 keatas Jasmine Paolini di Flushing Meadows malam Selasa.

Berdepan Paolini, Swiatek nyata tidak mempunyai masalah untuk mempamerkan aksi hampir sempurna untuk pada perlawanan yang berlangsung Stadium Louis Armstrong, yang mana dia mematahkan servis lawan sebanyak tujuh kali.

“Saya sangat berbangga dengan aksi yang ditampilkan pada perlawanan ini. Meskipun lawan memberi tentangan pada set pertama, namun saya tidak membenarkannya untuk berbuat demikian pada set kedua.

“Saya juga sebenarnya berbangga dengan pa yang ditampilkan Paolini. Mungkin rentak yang berbeza ditampilkan pada Terbuka AS ini menyebabkan Paolini gagal membaca permainan dengan baik berbanding di toronto dan Cincinnati,” katanya

Dengan mengumpul 45 kemenangan dalam kejohanan grand slam, Swiatek kini menjadi pemain termuda mencapai angka itu sejak Caroline Wozniacki melakukan perkara sama dalam Terbuka Australia pada 2011.

Swiatek seterusnya akan berdepan wakil tuan rumah, Sloane Stephens, dalam pusingan kedua esok.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved