Terbuka AS: Sze Fei-Nur Izzudin Melangkah Ke Separuh Akhir

15 Jul 2023 • 2:07 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Ramsani - gambar fail

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Pasangan beregu lelaki kebangsaan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani melangkah ke separuh akhir badminton Terbuka Amerika Syarikat (AS) 2023, selepas berjaya mengatasi lawan mereka di peringkat suku akhir, pada Jumaat.

Pasangan pilihan ketiga kejohanan itu Sze Fei-Nur Izzuddin, yang kembali bersatu selepas berpisah pada Februari, berjaya mengalahkan pasangan Chiu Hsiang Chieh-Yang Ming Tse dari Taiwan, 21-15, 21-19, pada kejohanan berlangsung di Pusat Mid-America, Council Bluffs, Iowa.

Mereka akan berhadapan pasangan dari China Chen Bo Yang-Lu Yi, pada separuh akhir.

Pasangan pilihan kelima kejohanan itu layak ke separuh akhir selepas membuat kejutan ke atas pasangan pilihan kedua kejohanan dari Perancis Lucas Corvee-Ronan Labar, 21-17, 23-21. -- BERNAMA