Terbuka China: Sivasangari mara ke final

21 Nov 2026 • 11:25 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Terbuka China: Sivasangari mara ke final
Sivasangari bakal berdepan pilihan kedua dari Jepun, Satomi Watanabe dalam merebut gelaran Terbuka China 2026.

JAGUH skuasy negara, S Sivasangari hanya selangkah untuk merangkul gelaran Terbuka China 2026 selepas mempamerkan aksi cemerlang dan tenang untuk menewaskan pemain Hong Kong, Sin Yuk Chan pada aksi separuh akhir perseorangan wanita pada Sabtu.

Pemain pilihan utama itu menundukkan Yuk Chan 11-3, 11-5, 11-8, sekali gus mengesahkan tempat ke perlawanan akhir.

Sivasangari bakal berdepan pilihan kedua dari Jepun, Satomi Watanabe, dalam merebut gelaran juara selepas pemain itu menyingkirkan pilihan kelima dari Itali, Marta Stefanoni, 11-8, 11-6, 11-8 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Perlawanan akhir perseorangan wanita dijadual berlangsung 7 malam esok. - Bernama

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved