
Beregu lelaki meningkat naik negara, Aaron Tai-Yap Roy King, terpaksa akur terkandas di pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong 2026 di Grand Hall - Kai Tak Arena, Kai Tak Sports Park, sebentar tadi.
Mereka tewas kepada wakil Indonesia, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin, menerusi aksi rubber set, 11-21,21-18,19-21, dalam hampir satu jam pertarungan di kejohanan berstatus Super 500 itu.
Sementara itu, beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, yang turun selaku pilihan kelapan kejohanan meneruskan kemaraan ke suku akhir selepas menewaskan Zhi Wei He-Huang Jui Hsuan dari Chinese Taipei.
Turut meneruskan kemaraan adalah beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M.Thinaah, selepas mudah menewaskan wakil tuan rumah, Yeung Nga Ting-Yeung Pui Lam, dalam aksi straight set, 21-9,21-10.
Selain itu, beregu campuran berpengalaman negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, berhempas pulas sebelum menewaskan wakil Amerik Syarikat, Presley Smith-Jennie Gai, menerusi kemenangan straight set, 22-20,21-19.




