Terbuka India: Aaron-Wooi Yik Tewas Kepada Beregu China

22 Jan 2023 • 8:25 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Aaron Chia-Soh Wooi Yik - Gambar Badminton Association of India

NEW DELHI - Juara dunia Aaron Chia-Soh Wooi Yik tewas dalam perlawanan akhir beregu lelaki Terbuka India di sini, hari ini.  

 Beregu utama kebangsaan itu kecundang selepas aksi 63 minit, 21-14, 19-21, 18-21, ketika menentang Liang Wei Keng dan Wang Chang dari China di Dewan Tertutup K.D. Jadhav.

Walaupun pasangan Malaysia itu memberi saingan hebat, aksi permainan pantas ditampilkan beregu China akhirnya menundukkan mereka. 

Wooi Yik berkata beliau dan Aaron telah memberikan yang terbaik namun pemain China mempunyai kelebihan dari segi kepantasan.

Gandingan Malaysia itu berkata mereka tidak akan membiarkan kekalahan di India itu mengganggu fokus mereka pada acara seterusnya dan persediaan untuk kelayakan Sukan Olimpik di Paris tahun depan.

“Penting untuk terus yakin pada diri kami sendiri,” kata Aaron. - Bernama