Terbuka India: Muhammad Azeem, Danish raih podium pecut 100 meter

10 Aug 2025 • 9:16 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Muhammad Azeem

PELARI pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi dan Danish Iftikhar Muhammad Roslee menghadiahkan pingat buat negara di Kejohanan Terbuka India, apabila masing-masing meraih podium acara pecut 100 meter (m) di Bhubaneswar, hari ini.

Pada aksi berlangsung di Stadium Kalinga, Muhammad Azeem yang juga pemegang rekod kebangsaan dengan catatan 10.09 saat (s) menjadi individu pertama tiba di garisan penamat dengan catatan 10.35s.

Sementara itu, Danish yang juga beraksi di final bersama-sama Muhammad Azeem, merekodkan 10.50s untuk berada di kedudukan ketiga.

Tempat kedua acara itu dimenangi atlet Sri Lanka, Chamod Yodhasinghe (10.43s).

Terdahulu, kedua-dua pelumba mara ke final selepas Muhammad Azeem menamatkan saringan kedua di tempat pertama, manakala Danish meraih tempat ketiga. - Bernama

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved