Terbuka India: Pearly-Thinaah, Soon Huat-Shevon terkandas di separuh akhir

18 Jan 2025 • 6:08 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KUALA LUMPUR, 18 JAN: Hasrat beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie untuk melangkah ke peringkat akhir Kejohanan Badminton Terbuka India 2025 tidak kesampaian selepas tewas dalam aksi separuh akhir hari ini.

Soon Huat-Shevon Lai Jemie ditunjukkan jalan keluar oleh pasangan ranking kedua dunia dari China, Jiang Zhenbang-Wei Yaxin dalam pertarungan selama 51 minit yang diheret hingga ke set penentuan, berlangsung di Kompleks Sukan Indira Gandhi, New Delhi.

Pasangan suami isteri itu memenangi set pertama 21-18, tetapi beregu China berjaya bangkit untuk meraih kemenangan 21-19, 21-9.

Dalam pada itu, nasib sama turut menimpa beregu wanita utama negara Pearly Tan-M. Thinaah dalam pertemuan menentang Kim Hye Jeong-Kong Hee Yong dari Korea Selatan apabila tewas 18-21, 18-21 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

“Masalah yang sama ialah tiada konsistensi… masih terlalu tergesa-gesa untuk mematikan pukulan lawan dan tidak benar-benar menikmati proses itu. Itulah kesilapan yang selalu kami lakukan berulang kali,” kata Pearly menerusi audio yang dikongsikan oleh Persekutuan Badminton (Dunia (BWF).

— BERNAMA

image is not available
Aksi beregu campuran negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie ketika menentang wakil China Jiang Zhenbang-Wei Yaxin dalam peringkat suku akhir Terbuka India di Kompleks Sukan Indira Gandhi, New Delhi pada 18 Januari 2025. Foto Facebook Badminton Association of Malaysia – BAM

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved