Terbuka Kanada 2026: Impian Zii Jia terkubur pada separuh akhir

5 Jul 2026 • 8:17 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Terbuka Kanada 2026: Impian Zii Jia terkubur pada separuh akhir
Zii Jia tersingkir pada peringkat separuh akhir Terbuka Kanada 2026 selepas tewas kepada pemain Jepun, Riki Takei. Foto fail Bernama

HASRAT pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia untuk menamatkan penantian meraih gelaran Jelajah Dunia terkubur selepas tersingkir pada peringkat separuh akhir Terbuka Kanada 2026 di Markham, Ontario, pada Ahad.

Dalam pertarungan sengit selama 70 minit di Markham Pan Am Centre, Zii Jia bergelut untuk mengekang aksi agresif pemain Jepun, Riki Takei, sebelum tewas 13-21 pada set pembukaan.

Pemain negara itu bangkit pada set kedua untuk menang 21-18, sekali gus mengheret perlawanan kepada set penentuan sebelum tewas 18-21.

Kekalahan itu adalah yang pertama dialami Zii Jia kepada pemain Jepun berkenaan selepas beliau berjaya menewaskan Takei pada Terbuka Australia 2026 bulan lepas.

Walaupun bergelar pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024, pemain profesional itu masih memburu gelaran selepas kali terakhir muncul juara pada Terbuka Australia 2024.

Susulan kekecewaan pada separuh akhir itu, pasukan pengurusan rasmi Zii Jia, TeamLZJ, menerusi media sosial menyatakan masih banyak aspek positif yang boleh diperkukuh bagi menghadapi siri kejohanan seterusnya sepanjang musim ini. - Bernama

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved