Terbuka Malaysia 2024: Kecederaan belakang paksa Tze Yong tarik diri

10 Jan 2024 • 2:37 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tze Yong. Foto BAM

HARAPAN peminat badminton negara untuk melihat bintang perseorangan lelaki, Ng Tze Yong memulakan kempen kejohanan badminton Terbuka Malaysia 2024 dengan rentak positif tidak kesampaian.

Tze Yong yang merupakan pemain ranking ke-15 dunia terpaksa menarik diri ketika berdepan lawan nombor 23 dunia dari Jepun, Koki Watanabe dalam perlawanan pusingan pertama di Stadium Axiata Arena, pada Rabu.

Pemain berusia 23 tahun kelahiran Johor itu yang mengalami kecederaan belakang memaksanya menarik diri pada minit ke-13 permainan ketika ketinggalan 7-8 kepada lawan dari Negara Matahari Terbit tersebut.

Penarikan diri Tze Yong menyaksikan cabaran Malaysia dalam acara perseorangan lelaki berakhir selepas bintang utama negara Lee Zii Jia tewas pada Selasa.

Pemain kelahiran Kedah berstatus nombor 11 itu tewas straight set kepada pemain China, Lu Guang Zu, 21-16, 19-21, 15-21.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved