Terbuka Malaysia: Beregu campuran negara sahkan slot suku akhir

6 Jan 2026 • 5:33 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tang Jie–Ee Wei mara ke pusingan kedua selepas menumbangkan pasangan Indonesia, Jafar Hidayatullah-Felisha Pasaribu.

KEM badminton negara mengesahkan satu slot ke peringkat suku akhir acara beregu campuran pada kejohanan Terbuka Malaysia.

Ini susulan kejayaan dua wakil negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin yang masing-masing melepasi halangan pusingan pertama, sekali gus dijadualkan membuat perhitungan sesama sendiri pada pusingan kedua Khamis ini.

Dalam aksi di Axiata Arena petang tadi, gandingan utama negara, Tang Jie-Ee Wei mempamerkan aksi kelas tersendiri apabila tidak berdepan masalah menundukkan pasangan Indonesia, Jafar Hidayatullah-Felisha Pasaribu.

Sokongan padu ribuan peminat di laman sendiri nyata membakar semangat pasangan nombor empat dunia itu untuk melakar kemenangan 'straight set' 21-12, 21-17.

Terdahulu, dalam aksi sebelah pagi, gandingan Pang Ron-Su Yin yang kini menghuni ranking ke-21 dunia melakar kejutan sensasi apabila menumbangkan pasangan nombor 12 dunia dari Denmark, Mathias Christiansen-Alexandra Boje.

Perlawanan sengit yang berlarutan selama 72 minit itu menyaksikan wakil negara mempamerkan semangat juang tinggi untuk bangkit mencatat kemenangan 'rubber set' 20-22, 21-18, 21-17.

Pertembungan sesama sendiri wakil negara di pusingan kedua nanti menjamin sekurang-kurangnya satu wakil Malaysia akan beraksi di pentas suku akhir Jumaat ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved