Perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, mendedahkan bahawa dia menjalani latihan kecergasan di gelanggang bola tampar pantai sepanjang minggu lalu sebagai persiapan untuk menghadapi Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia di Arena Axiata bermula Selasa ini.

