Terbuka Perancis 2026: Pang Ron-Pei Jing tempah tiket separuh akhir

23 Oct 2026 • 8:17 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Terbuka Perancis 2026: Pang Ron-Pei Jing tempah tiket separuh akhir
Pang Ron-Pei Jing mara ke separuh akhir Terbuka Perancis 2026 selepas menewaskan gandingan Jerman, Marvin Siedel-Thuc Phuong Nguyen di Tremblay-en-France pada Jumaat.

BEREGU campuran negara, Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing mara ke separuh akhir Terbuka Perancis 2026 selepas dipaksa bermandi peluh menewaskan gandingan Jerman, Marvin Siedel-Thuc Phuong Nguyen di Tremblay-en-France pada Jumaat.

Pada aksi suku akhir yang berlangsung selama 57 minit di Arena Grand Paris, pasangan Malaysia itu diheret sehingga ke set penentuan sebelum mencatat kemenangan 21-17, 20-22, 21-18.

Ia merupakan kali ketiga Pang Ron-Pei Jing ke separuh akhir Super 750 selepas aksi di Terbuka Denmark 2026 dan Masters China 2026.

Menanti Pang Ron-Pei Jing di separuh akhir ialah gandingan China, Guo Xin Wa-Chen Fang Hui yang juga pilihan keenam kejohanan.

Xin Wa-Fang Hui mara selepas mengetepikan pilihan ketiga kejohanan dari Denmark, Mathias Christiansen dan Alexandra Bøje 12-21, 21-9, 21-9.

Pertemuan di separuh akhir itu merupakan pertemuan sulung membabitkan kedua-dua pasangan. - Bernama

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved