Terbuka Perancis: Pearly-Thinaah mara ke akhir, lawan beregu Jepun esok

29 Oct 2022 • 10:59 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 29 OKT: Beregu wanita negara Pearly Tan-M Thinaah mara ke akhir kejohanan badminton Terbuka Perancis selepas menewaskan gandingan Korea Selatan Baek Ha Na-Lee So Hee, sebentar tadi.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Pierre de Coubertin, Paris, pasangan ranking ke-11 dunia itu mengatasi beregu Korea Selatan 21-13, 21-17, lapor portal Berita Harian.

Pearly-Thinaah yang juga pemenang pingat emas Sukan Komanwel Birmingham 2022 akan bertemu pilihan keempat kejohanan dari Jepun, Mayu Matsutomo-Wakana Nagahara bagi penentuan gelaran juara, esok.

Jika muncul juara esok, ia akan menjadi gelaran kedua buat mereka dalam Jelajah Dunia BWF selepas menjuarai Terbuka Switzerland pada tahun lalu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved