Terbuka Switzerland: Soon Huat-Shevon Mara Ke Pentas Akhir Bertemu Wakil China

26 Mar 2023 • 11:52 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie - Gambar Bernama

KUALA LUMPUR - Beregu profesional negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie menjadi beregu tunggal negara untuk meneruskan perjuangan Malaysia pada Kejohanan Terbuka Switzerland 2023 berlangsung di Basel.

Beregu campuran itu melangkah ke pentas akhir selepas mengatasi Robin Tabeling-Selena Piek dari Belanda 21-14, 23-21 dalam tempoh 38 minit, di St. Jakobshalle, awal pagi tadi (4.30 pagi waktu Malaysia).

Selepas menang set pertama 21-14, Soon Huat-Shevon yang juga pilihan keenam kejohanan, ditentang hebat pasangan Belanda itu sebelum berjaya mengawal permainan dan memenangi pertarungan sengit berakhir dengan 23-21.

Keputusan itu menyaksikan beregu ranking ke-11 dunia itu akan bertemu wakil China Jiang Zheng Bang-Wei Ya Xin yang mara selepas menundukkan wakil Taiwan Ye Hong Wei-Lee Chia Hsin 21-13, 23-21 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Sementara itu, hasrat perseorangan profesional lelaki negara Lee Zii Jia bagi meraih gelaran pertamanya musim ini musnah selepas ditundukkan pemain Jepun Koki Watanabe straight set 11-21, 14-21. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved