Terbuka Taiwan: Tang Jie-Clarissa ‘cemas’ ke pusingan kedua

28 Jul 2026 • 9:37 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Terbuka Taiwan: Tang Jie-Clarissa ‘cemas’ ke pusingan kedua

KUALA LUMPUR – Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Clarissa San meneruskan cabaran pada Kejohanan Badminton Terbuka Taiwan apabila berjaya melangkah ke pusingan kedua.

Pada aksi pusingan pertama yang berlangsung di Taipei Arena sebentar tadi, Tang Jie-Clarissa dipaksa bekerja keras sebelum menang 21-19, 18-21, 22-20 ke atas Renaldi Samosir-Masita Mahmudin dari Indonesia.

Memandangkan kedua-dua pasangan tidak pernah bertemu sebelum ini, perlawanan berlangsung cukup sengit apabila jurang mata yang memisahkan kedudukan mereka tidak terlalu besar.

Walaupun diberikan tentangan sengit, namun Tang Jie-Clarissa mengekalkan fokus sepanjang permainan dan berjaya memenangi set pertama dengan keputusan 21-19.

Bersambung set kedua, beregu negara berpeluang untuk memenangi perlawanan dengan keputusan straight-set ketika mendahului 18-16, namun sedikit kelekaan memakan diri apabila Renaldi-Masita mengutip lima mata berturut-turut sebelum menang 21-18.

Memasuki set penentuan, skrip sama kembali berulang apabila Tang Jie-Clarissa membenarkan pemain lawan mengutip mata demi mata sehingga berjaya menyamakan kedudukan 19-19 walaupun pada awalnya sudah mendahului 19-16.

Bagaimanapun, kali ini mereka berjaya mengekalkan fokus walaupun diheret bermain dalam penentuan ‘deuce’ sebelum mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua dengan kemenangan 22-20.

Sementara itu, nasib berbeza dialami satu lagi beregu campuran negara, Jimmy Wong-Cheng Su Yin apabila terkandas di pusingan pertama selepas tewas 5-21, 17-21 kepada pasangan Jepun, Yuta Watanabe-Maya Taguchi. – KOSMO! ONLINE

The post Terbuka Taiwan: Tang Jie-Clarissa ‘cemas’ ke pusingan kedua appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved