Terbukti Hubungan Disokong, Artikel ‘Keserasian’ Kim Jongkook & Song Jihyo Trending Di Korea

EntertainmentLifestyle
10 Jun 2025 • 1:56 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Sepertinya pasangan Kim Jong-kook dan Song Ji-hyo mendapat sokongan dari rakyat Korea Selatan.

Dalam episod terbaru “Running Man” ini, pelakon wanita itu sempat mengusik Kim Jong-kook kerana dikatakan melayannya tidak adil berbanding dengan tetamu wanita lain atau ahli wanita Ji Ye-eun.

Ini bermula apabila ahli lain perasan bahawa Kim Jong-kook melayan Ji Ye-eun dengan baik dan berkata,

Kita dah kenal 15 tahun, cuba awak pandang saya macam tu sekali pun tak pernah. Selalu pandang saya macam musuh, tapi dengan orang lain macam tu pula.

Selepas episod berkenaan bersiaran, artikel berkaitan pertelingkahan pasangan tersebut menaiki ranking berita popular di laman berita Korea, sekaligus membuktikan kepopularitian mereka berdua.

Komen peminat, “Kalau berita mereka asyik trending, bermakna netizen sokong la keserasian Kim Jong-kook dan Song Ji-hyo kan?”

Semoga mereka berjodohan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.