Terbukti Melanggar Kod Etika Polis, Identiti Sebenar 7 Anggota Langgar Lari Arwah Affan Kurniawan Didedahkan!

LocalPolitics
30 Aug 2025 • 1:27 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Susulan kemalang yang menimpa Allahyarham Affan Kurniawan di Indonesia, Khamis lalu, pihak polis telah pun mendedahkan identiti sebenar tujuh anggota Briged Mobil Polis Republik Indonesia (Brimob) yang melanggar pemandu gojek itu.

Ketua polis dedah identiti 7 anggota terlibat dalam kes langgar lari arwah Affan

Difahamkan dari laporan Kabar24, Inspektor Jeneral Asep Edi Suheri yang merupakan Ketua Polis Daerah Metro Jaya Indonesia mendedahkan perkara tersebut sewaktu bertemu dengan orang ramai di himpunan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah pada Jumaat.

Pada mulanya, Asep hanya menyebut identiti mereka dengan menggunakan huruf inisial tetapi disebabkan desakan orang ramai, dia menyenaraikan nama penuh ketujuh-tujuh anggota terbabit.

image is not available

Tujuh orang terduga pelanggar telah terbukti melanggar kod etika polis. Mereka kini ditempatkan selama 20 hari di Penempatan Khusus (Patsus).

Ini nama-nama anggota yang terlibat..

Tujuh anggota tersebut adalah Kompol Cosmas Ka Gae, Aipda M. Rohyani, Bripka Rohmat, Briptu Danang, Bripda Mardin, Baraka Jana Edi dan Baraka Yohanes David.

image is not available

Ketua Bahagian Profesi dan Pengamanan (Kadivpropam) Mabes Polri, Irjen Abdul Karim mengesahkan kesemua mereka terbukti melanggar Kod Etika Polis.

Menurut laporan siasatan awal, pemandu kenderaan taktikal yang melanggar mangsa ialah Bripka Rohmat, manakala yang duduk di sebelah pemandu ketika kejadian ialah Kompol Cosmas yang juga pegawai berpangkat paling tinggi dalam kenderaan itu.

image is not available 2025-08-30 12:35:44

Arwah Affan Kurniawan Rupanya Dalam Perjalanan Hantar Pesanan, Tak Sertai Protes Tapi Terperangkap Dalam Demonstrasi