Aisar Khaled Dikecam Ikut Iringi Jenazah Pemandu Gojek Di Indonesia

LocalEntertainment
30 Aug 2025 • 3:53 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Indonesia kini sedang berduka apabila seorang pemandu gojek, Allahyarham Affan Kurniawan, maut selepas dilanggar trak barracuda milik polis berhampiran Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) pada Khamis.

Namun, apa yang lebih mencuri perhatian netizen bukan sekadar tragedi itu, tetapi kemunculan personaliti media sosial Malaysia, Aisar Khaled, yang turut hadir mengiringi jenazah arwah hingga ke tanah perkuburan.

Kehadiran Aisar Khaled jadi bualan hangat…

image is not available

Tindakan Aisar yang tular di media sosial mencetuskan perdebatan hebat di kalangan netizen Indonesia dan Malaysia.

Ada yang menganggap dia hadir demi menunjukkan rasa simpati, tetapi ramai juga berpendapat ia seolah-olah hanya untuk konten.

image is not available

Lebih panas lagi bila ada yang menuduh Aisar tidak ikhlas dan “lapar perhatian”, sekali gus menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat.

Isu batasan sebagai orang Islam…

image is not available

Kritikan terhadap Aisar bukan berhenti setakat itu saja. Netizen juga menegur sikapnya yang dikatakan tidak menjaga batasan sebagai seorang Muslim apabila dia dilihat selamba memeluk wanita bukan mahram ketika di lokasi pengebumian.

Tindakan itu membuatkan ramai kecewa dan menegaskan bahawa sensitiviti agama perlu dijaga, terutama bila melibatkan momen penuh emosi seperti pengurusan jenazah.

image is not available

Ada segelintir yang cuba memahami tindakan Aisar dengan menganggap dia hanya mahu menunjukkan rasa hormat pada arwah. Namun, majoriti netizen tetap menganggap tindakannya keterlaluan dan tidak sesuai dilakukan di khalayak ramai.

Pssttt! Kadang-kadang niat baik pun boleh disalah tafsir bila tindakan kita tak kena pada tempatnya. Dalam situasi sebegini, lebih baik kita bertindak sederhana dan menjaga batasan supaya tak menimbulkan salah faham. Ingat, ikhlas itu tak perlu ditunjuk, biar Allah sahaja yang tahu.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.