Tercalon Dalam MTV EMA Kategori Artis Asia Terbaik, MASDO Lakar Nama Di Manchester

LocalEntertainment
10 Oct 2024 • 4:04 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pernah membuat konsert di London, kini Kugiran MASDO sekali lagi melakar nama di Manchester apabila tercalon dalam kategori Artis Asia Terbaik “Best Asia Act” di MTV EMA Manchester 2024.

Anugerah MTV EMA itu dikenali di seluruh dunia sebagai malam anugerah muzik terbesar dan akan berlangsung di Manchester, England pada 10 November (Eropah) dan 11 November (Asia).

Dikira sebagai anugerah muzik global terulung, pencalonan ini memberi peluang besar buat MASDO untuk terus berhubung dengan peminat muzik mereka.

Para peminat kugiran ini mengucapkan tahniah atas pencapaian mereka yang sangat membanggakan kerana membawa nama negara ke pentas global.

Sebagai info tambahan, Kugiran MASDO ini pernah membuat konsert di London, England pada Februari 2024 dan tiket mereka habis dijual.

image is not available 3 months ago

"Kami Merasakan Diri Kami Dah Tampan.." - Kumpulan Masdo 'Tenang' Dilabel Muka Tak Mandi