“Terdapat halangan…” – Bomba Henti Operasi SAR Wanita Warga India

Entertainment
30 Aug 2024 • 2:29 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah menghentikan operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang terjatuh dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.

Menurut laporan Berita Harian, Ketua Pengarah JBPM Datuk Nor Hisham Mohamad berkata keputusan itu dilakukan selepas pihaknya mendapati operasi secara fizikal selam skuba berisiko tinggi dan sekali gus sudah mencadangkan penggunaan kaedah lain.

image is not available

Pihaknya juga akan memberi nasihat kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi mencari kaedah SAR lain pada mesyuarat petang ini.

“Selain berisiko tinggi kepada anggota selam skuba, terdapat juga halangan yang sukar untuk dilepasi anggota penyelam.

`Baglock’ sedalam 18 meter di dalam ruang saliran itu didapati sangat sukar dipecahkan kerana ia berupa lemak tepu seperti bongkah simen,” katanya.

Sebagai info, pada 23 Ogos satu kejadian tanah jerlus berlaku di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur dan seorang wanita berusia 48 tahun dari India terjatuh ke dalam runtuhan itu, setakat hari ini mangsa masih belum dijumpai.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved