“Terdapat kesan kelar” – Dua Mayat Dalam Longkang Rupanya Ibu & Anak, Bapa Ditahan

Entertainment
20 Aug 2024 • 10:58 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam, gempar di media sosial penemuan dua mayat wanita dalam longkang besar di belakang bangunan terbiar berdekatan Pekan Simpang Kuala, Alor Setar, Kedah.

Terbaru, mayat kedua-dua wanita itu telah disahkan adalah dua beranak, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad, berkata mayat wanita berusia 34 tahun dan kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun itu ditemui kira-kira jam 5 petang semalam.

image is not available

Menurut laporan Berita Harian, mayat dua beranak itu ditemui orang awam sebelum menghubungi pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar pada jam 5.04 petang.

“Sejurus menerima laporan, pasukan penyiasat digerakkan ke lokasi untuk melakukan siasatan awal.

Siasatan di lokasi mendapati kedua-dua mayat yang lengkap berpakaian tanpa sebarang dokumen pengenalan diri, ditemui mati dalam keadaan tertiarap dan terlentang berdekatan antara satu sama lain di dalam longkang kecil.

Mereka ditemui dengan kesan kelar pada leher kedua-dua mayat,” katanya.

Hasil risikan pantas yang dilakukan oleh pihak polis, seorang lelaki warga asing berusia 43 tahun telah ditahan, dia dipercayai merupakan bapa dan suami kepada mangsa.

Difahamkan, suspek ditahan pada jam 9 malam tadi di Masjid Bukit Pinang, Kepala Batas, Kedah dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.