“Terdapat salah faham” – Like Posting Berkaitan Israel, Pemain Badminton Negara Mohon Maaf

Entertainment
30 Oct 2023 • 1:33 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Rata-rata selebriti mahupun pempengaruh yang menunjukkan sokongan terhadap Israel di media sosial tak kiralah artis lokal atau international telah mendapat kritikan hebat daripada netizen.

Kali ini, seorang pemain badminton negara, Teoh Mei Xing dituduh menyokong Israel selepas dikatakan menekan butang likes pada posting ‘I Stand With Israel’.

Perkara ini juga dikatakan viral di platform X, selepas ada di kalangan netizen mendedahkan seorang lagi pemain badminton lain yang dikatakan menyokong negara Zionis tersebut.

image is not available

image is not available

“Ada salah faham tentang saya, like posting sokong Is***l”

Pun begitu, Mei Xing menerusi Instagram Stories telah menjelaskan bahawa terdapat salah faham mengenai tindakannya menekan butang like pada posting yang menyokong Israel itu.

image is not available

Hi semua. Terdapat salah faham tentang saya yang dikatakan like posting menyokong Is***el, ia merupakan satu kesalahan yang mana saya tidak membaca posting itu betul-betul.

“Di sini, saya ingin memohon maaf atas kesalahan saya. Saya cuma nak fokus kepada badminton. Terima kasih mengingatkan dan teguran,” tulisnya.

Diharapkan lebih ramai public figure yang cakna mengenai isu yang sedang berlaku ke atas Palestin ini.

Apapun jika ia satu kesalahan yang tak disengajakan, harap kita semua janganlah mudah mengecam individu.

Sumber: X, Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article