
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Seperti yang kita tahu, setiap individu mempunyai perwatakan yang berbeza. Malah ada yang sukakan sesuatu yang dianggap pelik bagi sesetengah orang. Sebagai contoh, ada yang gemar menghidu bau petrol semasa mengisi minyak kenderaan.
Kedengaran agak aneh, tapi memang wujud. Seperti sebelum ini, tular video seorang ibu hamil yang sanggup menenami suami pergi ke stesen minyak semata-mata untuk menghidu petrol sewaktu mengisi minyak motosikal.
Ia dalam masa sama mencetus perdebatan ramai, adakah aksi itu tidak membawa sebarang kemudaratan kepada kesihatan manusia?
Baca Artikel Berkaitan: “Tak Bahaya Ke?” – Aksi Ibu Hamil Bau Petrol Cetus Perdebatan
Baca Artikel Berkaitan: Pernah Nampak Ruang Petak Kuning Di Stesen Minyak? Ini Fungsi Sebenarnya
Ini Sebab Kenapa Ada Individu Suka Hidu Petrol
Sebelum ini, seorang doktor kesihatan dikenali sebagai Dr Qarafi Tee mendedahkan bahawa kimia benzene yang terkandung di dalam petrol dan diesel boleh merangsang sistem kegelisahan, saraf serta bau yang menyenangkan dipanggil sebagai euforia.
Memetik Hello Doktor, euforia adalah perasaan gembira atau bahagia yang berlebihan atau ekstrem dalam waktu yang singkat.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Anda Suka Bau Petrol Ketika Isi Minyak? Doktor Ini Kongsi Kesan Buruknya
Kandungan Benzene Dalam Petrol Adalah Toksik & Mampu Mengundang Kanser
Namun begitu, pendedahan yang lama terhadap petrol dan diesel mampu meningkatkan risiko seseorang mengalami kanser dalam jangka masa panjang.
Menurut Pegawai Perubatan Am, Dr Zubaidi Hj Ahmad, benzene boleh membawa bahaya kerana nisbah kepekatan kimia terbabit.
Malah bahan tersebut juga digunakan sebagai agen pembersih bagi mesin-mesin besar di kilang yang sekaligus menunjukkan sifat kimianya yang kuat selain berpotensi memudaratkan kesihatan jika tidak dikendalikan dengan betul.

Kanser Leukemia Antara Kanser Yang Berisiko Dihidapi Jika Terdedah Lama Kepada Petrol
Benzene juga sangat toksik kepada darah, sumsum tulang, sistem saraf pusat dan boleh membawa padah kepada hati serta sistem kencing.
“Pendedahan yang berpanjangan kepada petrol akan merosakkan sistem darah hingga menyebabkan leukemia, dan merosakan ginjal serta hati.
“Jadi berhati-hatilah, terutama wanita yang hamil, kerana di awal kehamilan boleh menyebabkan keguguran dan kecacatan pada bayi semasa lahir,” kata Dr Zubaidi.
Untuk info, leukemia adalah sejenis kanser darah yang berlaku apabila sel leukemia iaitu sel darah putih tidak matang dalam tulang sumsum.
Sel-sel leukemia yang tidak normal ini akan menghalang sel sihat yang cuba berkembang menjadi sel darah merah, sel darah putih dan platelet sihat.
Baca Artikel Berkaitan: Leukemia Mieloid Kronik (LMK): Ini Perkara Penting Yang Perlu Anda Tahu [Pendapat]
Petrol Adalah Salah Satu Faktor Leukemia Dalam Golongan Ibu & Kanak-kanak
Memetik National Library of Medicine, empat kajian dijalankan sebelum ini menunjukkan bahawa pendedahan golongan ibu kepada bahan petrol menjadi salah satu faktor risiko leukemia.
Kajian lain pula mendapati pendedahan langsung kanak-kanak kepada petrol dan gas mempunyai kaitan dengan penyakit tersebut. Kesemua penyelidikan terbabit melibatkan kanak-kanak berumur 0 hingga 18 tahun.
Turut Berpotensi Hidup Kanser Pundi Kencing Jika Terdedah Lama Kepada Petrol
Perkara ini turut dikongsi oleh Klinik Kesihatan Felda Bersia dalam satu hantaran di laman Facebook sebelum ini.
Memetik perkongsian tersebut, laporan daripada International Agency for Research on Cancer (IARC) mendedahkan bahawa selain leukemia, seseorang juga berpotensi menghidap kanser pundi kencing jika terdedah kepada gasolin secara berpanjangan.
Menurut laporan infografik dikeluarkan IARC, golongan yang berisiko tinggi terdedah kepada petrol adalah seperti berikut:
- Pekerja stesen minyak.
- Mekanik.
- Pekerja dalam bidang pengeluaran dan pengangkutan gasolin.
- Orang awam iaitu melalui pencemaran udara atau wap gasolin di stesen minyak.

Apa Langkah Pencegahan Yang Boleh Dilakukan?
Oleh disebabkan itu adalah penting untuk mengelakkan diri daripada terdedah kepada bahan api tersebut dalam tempoh masa yang lama.
Buat mereka yang tidak boleh menghindari daripada berada berdekatan dengan petrol kerana urusan kerja atau rutin harian, berikut merupakan langkah pencegahan yang boleh diambil:
- Memakai pelitup muka ketika mengisi minyak kenderaan.
- Sentiasa isi penuh petrol kenderaan agar anda tidak perlu pergi ke stesen minyak berulang kali.
- Sokong dan amalkan penggunaan kenderaan serta bahan bakar yang lebih mesra alam.
- Gunakan alat pelindung diri jika bekerja dalam persekitaran berkaitan petroleum.
- Elak buka tingkap sekiranya pemandu atau penumpang lain sedang mengisi minyak petrol kenderaan.
