“Terdesak Sangat Ke Nak Famous?” – Wanita Mengaku ‘Ex’ Ryan Bakery, Siap Simpan Gambar Lama

Entertainment
26 Sep 2022 • 4:56 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, tular di aplikasi TikTok mengenai sebuah hantaran video memaparkan seorang wanita yang mengakui dirinya merupakan bekas teman wanita kepada selebriti media sosial, Ryan Bakery.

Menerusi video tersebut, wanita itu telah menunjukkan gambar lama Ryan dan bertanyakan sama ada bekas teman lelakinya itu masih mengingatinya.

Difahamkan, wanita itu bagaimanapun telah memadam video berkenaan namun sempat dirakam dan dimuat naik semula oleh pengguna TikTok.

Terdesak sangat ke sis nak famous? Respect la sikit dia tu tunang orang, pelik eh perempuan sekarang.

@yayaketuuu

terdesak sangat ke sis nak famous? respect la sikit dia tu tunang orang. pelik eh perempuan sekarang #ryanbakery #fyp #fyp? #fypage #fypdongggggggg #fyp??viral @??????????

? original sound – ? – yana

Meninjau di ruangan komen, perkongsian video tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada orang ramai yang rata-ratanya mengecam wanita itu kerana tidak menghormati status Ryan yang kini sudah menjadi tunangan orang.

Selain itu, ada juga segelintir netizen yang mempersoalkan tindakan dan motif wanita itu yang masih menyimpan gambar lama bekas kekasihnya itu.

Bila dah berjaya baru ada yang mengaku teman – Netizen.

image is not available

Tidak ketinggalan, TikToker yang terkenal dengan konten video yang menggamit memori zaman kecil itu turut sempat memberi respon di ruangan komen.

Tah.. tak kenal

image is not available

Info tambahan, Ryan atau nama sebenarnya Muhammad Ryan Fahmi bin Bakery telah mengingat tali pertunangan dengan wanita pilihan hati, Elyia Ibrahim pada 22 May 2022 dan merancang untuk berkahwin pada Januari 2023.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 4 minggu lalu

"Who Hurt U" - Ilustrasi 'Perli' Cara Popular Dulu & Sekarang, Netizen Pertahankan Ryan Bakery