‘Terdesak’ Sangat Ke? Zuraida Berkempen Di Jalan Raya, Netizen Minta Jangan Bahayakan Diri

Entertainment
16 Nov 2022 • 1:29 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Memandangkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sudah semakin hampir, masing-masing akan ‘berpulun’ untuk meyakinkan rakyat supaya mengundi parti atau ahli parlimen di sesuatu kawasan itu dengan cara tersendiri.

Untuk calon Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin berdiri di jalan raya sambil memegang plakad. Caranya itu ternyata membuatkan ramai netizen kurang senang apabila melihatnya dan anggap tindakan itu telah membahayakan diri.

 

Desperate sangat ke? – Netizen

Tindakannya itu tular menerusi rakaman video di media sosial, Zuraida cuba ‘meraih’ perhatian pengguna jalan raya dengan memegang plakad yang tertera gambarnya sebagai calon Parlimen Ampang.

Menurut Kosmo! Kejadian itu berlaku difahamkan ketika Zuraida bersama penyokongnya hadir program ‘flashmob’ yang diadakan di Jalan Ampang. Selain dilihat membahayakan dirinya, ia juga disifatkan satu tindakan bahaya buat pengguna jalan lain.

Malah, rata-rata individu yang menonton video itu menasihatkan agar calon tidak bahayakan diri serta tidak mengganggu aliran trafik di sekitar Jalan Ampang.

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Hurm, harap lepas ni tak ada lagi lah benda pelik-pelik yang orang buat.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.