Terengganu rekod 17 kes malaria, 10 kes import libatkan warga Rohingya

LocalHealth & Fitness
5 Jun 2026 • 10:53 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Nyamuk pembawa malaria, vektor jangkitan penyakit malaria.

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu memaklumkan sebanyak 17 kes Malaria telah direkodkan dengan sebahagian daripadanya melibatkan kes import dalam kalangan warga Rohingya.

Menerusi satu kenyataan, JKNT memaklumkan daripada jumlah tersebut, 10 kes adalah malaria manusia jenis Plasmodium vivax yang dikategorikan sebagai kes import. Jangkitan itu dipercayai melibatkan individu dalam kalangan warga Rohingya yang memasuki negara ini secara tidak sah.

Kes terbaharu dilaporkan masing-masing dikesan di Dungun dan Kuala Nerus, hasil pemantauan serta pengesanan berterusan oleh pihak kesihatan negeri.

“Siasatan mendapati kesemua kes tersebut merupakan kes yang memasuki Malaysia secara haram. Maklumat sebenar pergerakan warga Rohingya yang memasuki Malaysia ini amat sukar untuk diperolehi dan tiada maklumat yang jelas tentang pendedahan kepada jangkitan malaria,” katanya.

Image from: Terengganu rekod 17 kes malaria, 10 kes import libatkan warga Rohingya
Baca juga:

Dalam perkembangan berkaitan, pihak kesihatan negeri menegaskan keperluan tindakan segera di semua fasiliti kesihatan termasuk hospital, klinik kesihatan dan klinik desa di Terengganu.

Antara langkah yang diwajibkan termasuk pelaksanaan saringan Blood Film for Malaria Parasite (BFMP) melalui kaedah Active Case Detection (ACD) dan Passive Case Detection (PCD) ke atas semua individu warga Rohingya yang hadir mendapatkan rawatan, termasuk wanita hamil serta individu yang mengaku telah lama berada di Malaysia.

The post Terengganu rekod 17 kes malaria, 10 kes import libatkan warga Rohingya appeared first on The Reporter.