Tergamak Curi ‘Napor’ Kubur, Warga Kuching Berang Dengan Tindakan Pelaku

2 May 2023 • 1:07 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kejadian dikatakan berlaku di Tanah Perkuburan Islam Samariang

Tergamak Curi ‘Napor’ Kubur, Warga Kuching Berang Dengan Tindakan Pelaku. Baru-baru ini sebuah perkongsian oleh seorang Individu telah mendapat perhatian netizen. Perkongsian itu telah dikongsikan oleh Abdul Rahim Zainudin sehingga tular di Facebook.

Berdasarkan kisah itu, beliau berkongsi mengenai kejadian kecurian ‘kepok’ kubur di salah sebuah tanah perkuburan Islam di Bandar Baru Samariang, Kuching dicuri oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

image is not available
Tergamak Curi ‘Napor’ Kubur, Warga Kuching Berang Dengan Tindakan Pelaku. Kredit: Abdul Rahim Zainudin 

Terkejut kubur tanpa ‘tanda’

Menurutnya, kubur tersebut milik arwah anak kepada salah seorang rakannya. Tambahnya, sikap pencuri yang tergamak mencuri ‘napor’ tersebut mengundang kemarahan kerana sanggup melakukan kerja terkutuk di tanah perkuburan.

image is not available

Ini pula reaksi netizen

Setelah menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi telah dilontarkan oleh netizen.

Menurut netizen, tindakan tersebut dikatakan terlalu terdesak sehingga sanggup mencuri kepok kubur. Sekiranya difikirkan secara logik, adakah bernilai ‘napor’ tersebut sekiranya dijual?

image is not available

Ada juga netizen berkongsi kisah yang sama. Tambahnya, kubur milik nenek beliau juga pernah menjadi mangsa kecurian.

Pencuri tersebut dikatakan mencuri besi pagar yang diletakkan sekitar kubur tersebut.

image is not available

Baca lagi artikel menarik: