Tergamaknya! Staf Kesihatan Dedah Hujung Ramadan Ramai Hantar Ibu Bapa Ke Hospital Sebab…

Entertainment
11 Apr 2023 • 5:27 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Nak dekat penghujung Ramadan ini, pasti ramai yang teruja dan tak sabar untuk menyambut hari raya bersama keluarga dan sanak-saudara. Namun, ada yang menyambut hari mulia ini dalam suasana yang muram.

Setiap tahun, menjadi satu perkara biasa ibu bapa yang uzur ditinggalkan di hospital oleh anak-anak mereka sewaktu musim perayaan, manakala mereka pula bergembira menyambut Aidilfitri.

Senario itu telah dikongsikan oleh beberapa staf kesihatan di media sosial mengenai segelintir anak-anak yang mahu beraya sakan, tergamak meninggalkan ibu bapa mereka berseorangan di hospital.

Menerusi video yang dimuat naik seorang jururawat lelaki di TikTok, beliau menceritakan di hujung bulan Ramadan, terdapat ramai anak-anak menghantar ibu bapa mereka yang uzur dengan pelbagai penyakit ke hospital.

“Sebab nak mudahkan urusan mereka balik kampung bercuti dan sebagainya. Macam mana dia orang senang-senang check-in hospital?” luahnya.

Beliau menyatakan ada yang sampai tahap tidak memberi makan dan minum beberapa hari sehingga ibu bapa kurang zat untuk membolehkan menghantar mereka ke hospital.

Ada yang memberi alasan tak mampu menjaga sendiri kononnya sibuk bekerja. Apabila minta untuk diambil, pelbagai alasan diberikan mereka.

Jelasnya, selain perayaan Aidilfitri, situasi tersebut turut melibatkan cuti perayaan lain termasuk Tahun Baharu Cina yang akan mengambil masa dua atau tiga hari bercuti.

Menerusi perkongsian seorang ahli farmasi di Twitter, beliau mendedahkan anak-anak yang menghantar ibu bapa ke hospital akan memberikan nombor telefon yang salah, halang atau tidak menghiraukan panggilan telefon hospital.

Perkongsian tersebut telah menarik perhatian ramai dengan rata-ratanya bersetuju dengan realiti yang berlaku.

Harapnya, kita tidak tergolong dalam kalangan yang membiarkan ibu bapa sebegitu…

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.