[TERHAD] Ini Cara Menangi Merchandise Kit Cornetto x Cha Eun-Woo!

Food
4 Jul 2024 • 11:55 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
cornetto cha eun-woo

Dengan cuaca panas sepanjang tahun, tahu tak apa yang sedap dinikmati untuk melegakan kepanasan? Apa lagi kalau bukan aiskrim?

Lagi layan kalau dapat aiskrim Cornetto, siapa je mampu menolak kan? Psst, ada berita gembira ni! Kalau nak tahu, selebriti kacak Cha Eun-Woo kini duta untuk Cornetto!

Mesti ramai peminat pun tak sabar-sabar nak dapatkan Cornetto edisi khas ni kan? Tak dapat jumpa Cha Eun-Woo, dapat Cornetto x Cha Eun-Woo pun jadilah!

3 perisa lazat

Classic Vanilla

Aiskrim perisa vanilla Perancis yang disaluti sos coklat dan kacang hancur panggang, dinikmati dengan wafer kon rangup. Memang syok!

Classic Chocolate 

Aiskrim perisa coklat yang cukup mewah dengan rasa coklat digandingkan pula dengan sos dan cip coklat yang lazat, dapat pula gigitan kon wafer rangup dengan lapisan coklat, SEMPURNA!

Chocoluv

Perisa coklat yang menjadi kegemaran ramai ini menggunakan aiskrim coklat susu yang lazat berkrim. Bukan tu je, ada sos coklat dan topping cip coklat, berganda-ganda keenakan coklatnya, cukup Chocoluv!

Peluang menangi merchandise kit Cornetto x Cha Eun-Woo Edisi Terhad

Untuk menghargai peminatnya Cha Eun-Woo, Cornetto nak bagi merchandise edisi terhad, cuma perlu, ikuti langkah-langkah seperti tertera dalam poster:

image is not available

Terdapat 800 set merchandise untuk dimenangi guys! Ini petanda korang kena dapatkan aiskrim Cornetto di kedai berhampiran. Semuanya untuk Oppa Cha Eun-Woo!

image is not available

image is not available

Cepat sertai kerana peraduan ini berlangsung dari 1 Julai hingga 31 Ogos 2024 sahaja tau. Good luck!

Lawati laman web https://www.ulmysg.com/cornettocew/ dan jangan lupa follow Cornetto di Facebook dan Instagram untuk tidak ketinggalan info dan update terkini.