“Saya Sokong” – Banyak Persamaan, Netizen Kumpul Bukti Rosé BP & Cha Eunwoo Bercinta

Music
3 Jul 2024 • 12:01 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Baru-baru ini, tular khabar angin Rosé BLACKPINK yang dikatakan sedang bercinta dengan Cha Eun-woo.

Menerusi satu hantaran di TikTok, peminat telah mendedahkan bukti menyatakan bahawa Rosé dan Cha Eun-woo sedang menjalinkan hubungan kini.

Khususnya, terdapat banyak persamaan yang berlaku antara mereka seperti dilihat pergi ke lokasi yang sama pada waktu yang sama, makan di tempat yang sama dan pelbagai lagi.

image is not available

Tambahan pula, peminat jadi semakin sangsi apabila Cha Eun-woo turut menghadiri after party BLACKPINK selepas persembahan mereka di Coachella pada tahun 2023.

Dengan ini, ia semakin menguatkan lagi dakwaan tentang hubungan mereka yang dipercayai sudah bermula sejak 2022.

image is not available

Meskipun khabar angin ini sudah lama menjadi bualan sejak beberapa tahun kini, agensi bagi kedua-dua artis masih memilih untuk berdiam diri dan tidak memberi sebarang respon.

Hmm..apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.