Di tengah pergolakan politik dan demonstrasi besar di Indonesia, ucapan penuh emosi di TikTok daripada seorang anak muda yang juga pekerja Ojek, @bang…sem menyentuh hati ramai.
Pekerja Ojek ucap terima kasih atas bantuan kepada rakyat Malaysia
Dalam videonya yang tular, dia meluahkan rasa syukur kepada rakyat Malaysia yang tidak putus-putus menghulurkan bantuan buat golongan p-hailing di negaranya.

Foto: Tiktok @bang….sem
“Saya sangat terharu Malaysia membantu kita yang kesulitan cari wang kerana perjuangan kita, apatah lagi mereka tahu musibah sahabat kami yang meninggal. Terima kasih Malaysia,” katanya.
Kata-kata itu merujuk kepada nasib seorang pekerja Ojek iaitu Affan Kurniawan yang terkorban ketika demonstrasi sekali gus menjadikan protes ini semakin sarat dengan emosi.
Bantuan daripada rakyat Malaysia datang dalam bentuk pesanan makanan dan minuman melalui aplikasi dalam talian yang dihantar terus kepada pekerja perkhidmatan itu di Indonesia.
Tindakan kecil ini memberi makna besar, terutama kepada mereka yang terpaksa mencari rezeki di tengah jalanan yang bergolak.
Ucapan Bang Sem segera dianggap sebagai suara rakyat kecil yang jarang kedengaran, tetapi penuh makna. Ia mezahirkan bahawa di sebalik krisis demokrasi, masih ada cahaya solidariti serumpun yang menyatukan hati rakyat di rantau ini.

Foto: Tiktok @bang….sem
Krisis demokrasi di Indonesia belum menunjukkan tanda reda. Kemarahan terhadap kenaikan elaun mewah ahli politik, kebimbangan pengaruh tentera dalam urusan awam, serta tragedi yang meragut nyawa rakyat kecil terus membayangi negara itu.
Namun, melalui ucapan Bang Sem, jelas bahawa bantuan dan sokongan daripada jiran serantau telah meniupkan semangat baharu bahawa kemanusiaan melangkaui sempadan.
Sumber: Tiktok @bang….sem
The post Terharu Tak Putus-Putus Beri Bantuan, Pekerja Ojek Ucap Terima Kasih Kepada Rakyat Malaysia appeared first on Borak Daily.



