Terima Anugerah Datuk, Fan Bingbing Berjanji Terus Bantu Promosi Malaysia

LocalEntertainment
26 Aug 2025 • 5:08 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Bintang filem antarabangsa, Fan Bingbing berjanji akan terus mempromosikan Malaysia selepas menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, aktres terkenal dari China itu menegaskan komitmennya untuk memperkenalkan Malaysia kepada masyarakat dunia.

“Malaysia telah memberikan saya begitu banyak kasih sayang dan saya akan terus membalasnya dengan mempromosikan pelancongan dan keindahannya kepada lebih ramai orang,” katanya.

image is not available

image is not available

Fan Bingbing Berjanji Terus Bantu Promosi Malaysia

Fan turut berkongsi beberapa gambar ketika menghadiri istiadat penganugerahan tersebut yang berlangsung dengan penuh istiadat di Melaka.

Sebelum ini, Fan dilantik sebagai Duta Setiakawan Pelancongan Melaka. Malah, kunjungannya ke negeri bersejarah itu pada Jun 2024 memberi impak besar kepada sektor pelancongan apabila mencatatkan lebih 1.2 bilion carian berkaitan dirinya dan Melaka dalam tempoh tiga hari.

image is not available

Kehadiran bintang ternama itu sekali lagi membuktikan pengaruh globalnya mampu memberi limpahan positif kepada usaha mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan antarabangsa.

Sumber: Instagram bingbing_fan