Terima Banyak Tawaran Sekolah Terbaik, Anak Sheikh Muszaphar Akhirnya Pilih…

Entertainment
7 Mar 2024 • 12:57 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, tular berita tentang anak sulung Datuk Dr Sheikh Muszaphar, Sophea Isabella yang mesra dipanggil Bella telah berjaya menerima pelbagai tawaran untuk ke sekolah berasrama penuh berprestij, Kolej Tunku Kurshiah (TKC), Kolej Yayasan Saad (KYS) dan juga Kolej Genius Permata Pintar.

Terbaharu, menerusi sebuah hantaran di Instagramnya, Sheikh Muszaphar mendedahkan bahawa mereka sudah membuat pilihan terbaik untuk Bella.

Hantaran terbaharu tersebut memaparkan tajuk berita sekolah mana yang bakal menjadi pilihan Bella dan disertakan dengan kapsyen mengenai pilihan mereka.

image is not available

Menerusi hantaran tersebut, Sheikh Muszaphar berpendapat sebuah sekolah yang bagus mempunyai pelbagai ciri-ciri antaranya guru, fasiliti, persekitaran, kepimpinan, program yang ditawarkan, rangkaian alumni yang kuat dan pelbagai lagi.

Tambahnya lagi, terdapat banyak sekolah hebat di luar sana dan masing-masing ada kelebihan tersendiri selain mempunyai prestasi kecermerlangan serta sejarah yang terbukti.

Selepas berfikir panjang, perbincangan dan solat istikharah, mereka memilih untuk menghantar Bella ke Genius Permata Pintar yang menurut Sheikh Muszaphar bakal menguji pemikiran anaknya itu selain dia akan bergaul dengan mereka-mereka yang pintar.

Menurut beliau lagi, memilih institusi yang tepat untuk menyambung pelajaran amat penting, namun apa yang lebih penting ialah pelajar tersebut dan beliau berharap ianya merupakan pilihan terbaik buat Bella.

Terdahulu, Sheikh Muszaphar ada menceritakan tentang sistem pembelajaran di Genius Permata Pintar sedikit berlainan berbanding sekolah biasa kerana pelajar di sana didedahkan dengan subjek Biologi, Kimia, Fizik dan juga Matematik Tambahan sejak tingkatan 1.

Sumber : Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.